Sultan Muhammad II
yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople)
ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain
beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin
al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz
(Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang
berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya
‘membuka’ Konstantinople.
Imam Ahmad
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople
akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan
tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Hadis ini telah
membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan
‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari
semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud
hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya,
pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok
Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat
penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya.
Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos
ke luar sana.
Tuhan menzahirkan
kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh.
Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka
sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang
pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini
akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.
Seorang sahabat Nabi
bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembok kota
Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah.
Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar
Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan
di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka
Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan
tentera” itu.
ZAMAN KECIL
Sultan Muhammad
al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan
Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan
mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada
anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.
Muhammad belajar dan
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan
beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan
dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan
Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.
Kekhalifahan
Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan
bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana
mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas
mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini
ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin
al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai
penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad masih
dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa
bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu
sedang berada dalam buaian itu.
ZAMAN REMAJA
Muhammad al-Fateh mula
memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru
berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan.
Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451,
ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah.
Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.
ZAMAN DEWASA
Sultan Muhammad
al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya.
Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang
berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari,
Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh
binaan.
Sultan Muhammad sangat
gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistan ketika
itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain
ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada
syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu
kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.
Walaupun Sultan
Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk
ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah
bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu
bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat.
Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan
khalifah:
“Kalau ayahanda fikir
ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke
medan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya
perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”
Begitulah lebih
kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang
benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.
MEMBUKA KONSTANTINOPLE
Sebelum melakukan
kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan
rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan
tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota
berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini
sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti
dilakukan.
Antara langkah awal
yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam
paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu
batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang
gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh
melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk
umat Islam menguasai teknologi.
Tentera Islam tiba di
Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat
berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai,
berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam.
Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal,
penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat
Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana
tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini
berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
Sultan Muhammad yang
berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453.
Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople
masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope
berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan
kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Satu keajaiban berlaku.
Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal
melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam
selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.
Esoknya, tentera
Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah
berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan
kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal
tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari
namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan
keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya
hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”
Ucapan ini benar-benar
membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30
orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera
daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam
‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah,
akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate
dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!
Konstantinople ialah
kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur
selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad
menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam
Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh
Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies
ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang
dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium.
Selepas itu Sultan
Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke Hungary, Bosnia, Serbia, Albani
dan sekitarnya.
JUMAAT BERSEJARAH
Selepas berjaya
menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan
solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang
akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada
tenteranya:
“Siapakah antara kamu
yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”
Tidak ada seorang pun
dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah
meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.
“Siapakah antara kamu
yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”
Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
“Siapakah antara kamu
yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”
Semua tenteranya
duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar
ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud
sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada
lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?
AKHIR HAYAT
Sultan Muhammad
al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat
mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang
mengatakan dia diracun.
Siapa yang meracunnya?
Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan
Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.
PEMBUKA KONSTANTINOPLE SETERUSNYA
Hadis Nabi bercerita
tentang kedatangan Yakjuj Makjuj. Kedatangan tentera Khazar, Monggol dan Rusia
juga ternyata gerombolan Yakjuj Makjuj. Namun Yakjuj Makjuj yang utama akan
muncul selepas kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa al-Masih nanti.
Begitu juga dalam kes
Pembuka Konstantinople. Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya memang benar
sebaik-baik raja dan tentera pada zaman mereka yang berjaya membuka
Konstantinople, namun Pembuka Konstantinople yang utama akan tiba tidak lama
lagi. Mereka juga sebaik-baik raja dan tentera, untuk penghujung akhir zaman
ini.
Kita lihat apa yang
dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitamy dalam kitabnya Al-Qaul
al-Mukhtasor fi ‘Allamah al-Mahdiy al-Muntazor:
“Al-Mahdi akan
memerangi Rom selama 3 hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh. Kemudian
menyerang Konstantinople. Ketika mereka membahagi-bahagikan emas di
Konstantinople dengan memakai takaran perisi, tiba-tiba ada orang yang
berteriak: “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu
semua.”
“Al-Mahdi akan
menundukkan Konstantinople dan Jabal ad-Dailam.” (Abu Nuaim)
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya mereka
menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka
membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan
berita kedatangan Dajjal…”
Sabda Nabi:
“Peperangan yang
terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7
bulan.”
Hadis riwayat
al-Hakim:
“Sesungguhnya pasukan
yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz……. Kemudian mereka
dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.”
“Tertakluknya
Konstantinople ialah keluarnya Dajjal.”
“Ketika menundukkan
Konstantinople, Al-Mahdi menancapkan benderanya untuk mengambil wudhuk dan
mengerjakan solat Subuh.”
Cuba perhatikan,
penaklukan Konstantinople dikaitkan dengan al-Mahdi dan pra-kezahiran Dajjal.
Maksudnya pembukaan utama Konstantinople belum berlaku. Ia akan dibuka oleh
sebaik-baik raja dan tentera iaitu Imam Mahdi dan pasukannya.
Anda mahu jadi salah
seorang ahli pasukannya yang sebaik-baik tentera itu? Bandingkan amalan anda
dengan amalan para perajurit Pembuka Konstantinople yang pertama iaitu tentera
Sultan Muhammad al-Fateh. Tentunya kualiti tentera yang membuka akan membuka
Konstantinople kali ini adalah lebih hebat daripada yang pertama. Layakkah
anda?
Satu hal yang menarik,
orang yang mengatakan Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam ialah
Nabi Muhammad saw, Pembuka Konstantinople yang pertama ialah Sultan Muhammad
manakala Pembuka Konstantinople yang utama ialah Muhammad bin Abdullah iaitu
al-Mahdi. Ketiga-tiganya Muhammad.
Copying :
1 komentar:
SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH YANG SEBESAR-BESARNYA KEPADA MBAH SUKRO,NOMOR YANG MBAH KASI 4D[6623],TERNYATA BENAR2 TEMBUS 100%,SAYA TIDAK SIA-SIA MEMBAYAR MAHAR 4D NYA,AWALNYA SAYA KURANG YAKIN KALAU ANGKA YANG MBAH BERIKAN AKAN TEMBUS 100%,TERNYATA ALHAMDULILLAH SAYA MENANG ANGKA 4D DAN SIONYA, PERHIASAN YANG PERNAH KUGADAIKAN 1 BULAN YANG LALU GARA2 MAIN TOGEL SEKARANG SUDAH BISA KUTEBUS LAGI,BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA HBG MBAH SUKRO DI NO:0823-4347-1626, >>>KLIK DISINI<<<
.ANGKA GHOIP YANG DI BERIKAN MBAH SUKRO TIDAK PERLU DI RAGUKAN LAGI,SAYA JAMIN 100% TEMBUS SOALNYA SAYA SUDAH PERNAH MEMBUKTIKANYA 2X BERTURUT2 MENANG.
Posting Komentar